Rupanya sudah 33 hari telah berlalu untuk Tahun 2015. Dalam 33 hari ni pelbagai kisah yang diharungi. Pahit manis nya sentiasa menjadi ikhtibar dalam diri saya.
Tahun ini suda masuk tahun ke3 bagi perkahwinan saya dan suami.
Merupakan tahun ke 2 menceburi perniagaan. Tahun ke 2 bekerja di tempat baru dan saya mohon doa agar tahun yang akan menjadikan kami dari couple kepada adanya newcomer dalam hidup.

Shirley (me), Jan 2015 |
Saya juga ingin membuat perubahan dalam diri saya pada tahun 2015. Saya ingin mempunyai fokus dalam hidup saya. Fokus dalam kerja, fokus dalam rumahtangga, Fokus dengan Tuhan.
Pengalaman saya pada 1 ketika dahulu sedikit sebanyak membantu dalam 'restore' balik penguatan iman saya. Saya berdoa semoga tahun 2015 menjadi transformasi kepada diri saya dan suami.

Seperti tahun- tahun lalu, saya mempunyai azam malah saya masih simpan lagi list azam tahun baru yang lepas. Tahun ni azam saya simple saja tapi membawa makna yang besar kepada diri saya.
Yee's Wishlist
-----------------
1. Mengurangkan berat badan
Rakan-rakan saya memang sedia maklum saya ni dalam lingkungan obese. 2 tahun lepas berat saya pernah mencecah 95kg. ianya juga adalah tahun saya melangsungkan perkahwinan. Tekanan untuk menurunkan berat sangat tinggi pada masa tu tapi kerana stress management yang tidak berapa sesuai maka berat saya melambung naik.(masa tu belum kenal lagi Shaklee) penghujung tahun 2012, saya mulai mengambil set kurus Shaklee. pada JUNE 2013, berat saya berkurangan sebanyak 13kg. sejak tu , saya maintainkan saja berat badan. Tahun ni, nak kembali turunkan berat badan. Jadi, matlamat saya pada Jun 2015, penurunan sebanyak 15kg. Chaiyok..
2. Bebas Diabetik
Semuanya kerana sweet tooth, suka sangat makan manis-manis nie. akhirnya 2013 doktor declare ada diabetik plak. Tahun lepas sampai 2 kali pengsan kerana aras gula rendah. Akhirnya saya buat kempen sendiri, hapus diabetik dengan VIVIX. Dari September 2014 sehingga Disember 2015, ada gak penurunan walaupun sedikit. (dari bacaan 12 turun ke 9). Tahun ni nak fokus sangat-sangat kerana VIVIX memang membantu. Sekarang usahakan, nanti bulan Jun buat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.
3. Berusaha untuk mendapat penyeri rumahtangga
Saya didiagnos dengan PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) pada 2013, PCOS adalah satu kondisi badan di mana seorang wanita sukar hamil kerana ovulasi yang tidak kerap atau badan tidak dapat ovulasi.PCOS boleh diatasi dengan rawatan segera dari doktor pakar. Bagi saya pulak, saya mengamalkan set kesuburan Shaklee dan ternyata ia banyak membantu diri saya. (akan dijelaskan pada entri akan datang)
4. Gaya hidup sihat
Tugas saya sebagai pegawai pembimbing di sektor kerajaan menjadikan rutin saya sering bergerak ke sana sini, namun ada kalanya kami akan terperap di pejabat kerana sibuk menyediakan pelaporan semuanya. Justeru , saya ingin kembali aktif dengan Aerobik yang sudah lama ditinggalkan.(3 tahun).
Saya turut ingin belajar berenang. Hobi yang sudah lama ditinggalkan sejak habis belajar dulu semasa di UUM, Kedah (2002-2005).
5. Berjaya dalam membantu ramai orang
Semenjak bergiat dalam Shaklee saya dapati saya boleh membantu ramai orang. Justeru itu, saya berniat untuk membuat banyak sharing tentang kebaikan Shaklee. Saya mempunyai beberapa testimoni yang ingin dikongsi bersama dengan anda semua.
Ada banyak lagi impian saya ni tapi saya buat perlahan-lahan. Semoga Tahun 2015 memberi keberkatan kepada kita semua.

with love,
Mama Yee
Mama Yee