Thursday, March 19, 2015

Metformin dan PCOS

1. Apakah Metformin?
antara jenama Metformin di pasaran



Metformin adalah sejenis ubat yang kerap digunakan untuk pesakit kencing manis Type 2 yang mempunyai paras gula darah yang tinggi disebabkan badannya 'resistent' kepada insulin. Insulin adalah sejinis hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah.

Metformin tidak bertindak dengan meningkatkan paras hormon insulin tetapi sebaliknya ia menyebabkan sel-sel dalam badan lebih sensitif kepada insulin. Di samping itu, ia mengurangkan penghasilan gula dari hati dan memperlahankan penyerapan gula dari usus dan meningkatkan penyerapan gula oleh sel-sel badan.

2. Bagaimanakah Metformin boleh membantu wanita yang menghidapi PCOS?

Kajian saintifik kini telah menunjukkan yang penggunaan Metformin juga mungkin boleh membantu pesakit yang menghidapai PCOS dengan mengimbangi hormon-hormon di dalam badan mereka. ia mengurangkan 'resistent' terhadap insulin, merendahkan hormon androgen berlebihan dan paras kolesterol di dalam badan.

3. Adakah semua pesakit PCOS perlu memakan Metformin?

Ini terpulang kepada simptom-simptom apa yang hendak diubati bagi pesakit PCOS. Tidak semua pesakit PCOS perlu memakan Metformin.

a) Haid tidak teratur
Kajian telah menunjukkan yang Metformin membantu menjadikan haid teratur dalam 50% wanita PCOS. Akan tetapi ia kaan mengambil masa sehingga 6 bulan untuk melihat hasilnya. Haid teratur ini penting terutamanya untuk wanita yang ingin hamil. Bagi wanita yang tidak ingin hamil tetapi mahukan haid yang teratur, rawatan yang sesuai untuk mereka adalah dengan memakan pil perancang (combined oral contraceptive pill)

b) Ketumbuhan bulu-bulu berlebihan 'Hirsutism'
Kajian telah menunjukkan yang Metformin tidak berkesan untuk mengubati simptom Hirsutism ini.

c) Ovulasi
Bagi wanita PCOS yang mempunyai berat badan berlebihan. langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mengurangkan berat badan anda. Clomid adalaah lebih efektif untuk meningkatkan peluang untuk mengandung. bagi yang 'clomid resistent' , penambahan Metformin mungkin dapat meningkatkan peratus wanita yang akan berovulasi.

d) Risiko OHSS
Kajian telah membuktikan yang penggunaan metformin sebelum dan selepas rawatan IVF dapat mengurangkan OHSS.

e) Berat badan berlebihan
Lebih kurang 50% wanita yang menghidap PCOS  mempunyai berat badan berlebihan. Kajian telah menunjukkan yang Metformin boleh bantu menurunkan berat badan yang berlebihan dengan selamat. 

f) Pencegahan Diabetes
Sesetengah pesakit PCOS mempunyai abnormaliti semasa menjalani Glocose Tolerance Test ('Impaired Glucose Tolerance') American Diabetes Association sekarang mensarankan rawatan metformin bagi mereka yang mempunyai 'impaired fasting glucose' ataupun ;Impaired glucose tolerance' bagi tujuan mengurangkan risiko mendapatkan diabetes terutamanya bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

5. Apakah kesan sampingan atau 'side effect' Metformin?
Kesan sampingan yang biasa adalah cirit birit, sakit perut, rasa loya dan muntah. 

6. Perlukah saya berhenti memakan metformin selepas mengandung?
Walaupun terdapat kekhuatiran memakan metformin selepas ujian positif untuk kehamilan. sekiranya terdapat wanita yang termakan metformin semasa trimester pertama kehamilannya, ada kajian yang telah menunjukkan tiada risiko abnormaliti pada kandungannya.
di samping itu, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kebarangkalian metformin dapat mengurangkan risiko keguguran atau kencing manis )Gestational diabetes). Akan tetapi, buat masa sekarang tiada bukti kajian yang kukuh buat masa ini untuk menyokong penggunaan metformin bagi tujuan trsebut. Sekiranya sudah hamil, hendaklah berbincang dengan doktor masing-masing  untuk mendapatkan nasihat tentang penggunaan metformin.

sumber: Dr. Natasha Nor
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : SHIRLEY SALVINA JESON
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Kuching / Bau / Samarahan / Padawan (Malaysia)
Shaklee ID [ No : 996261 ]
Tel : 010 4642081
Facebook Profile: https://www.facebook.com/ShirleySalvinaJeson
Facebook Page : https://www.facebook.com/LeyAnnHealthShoppe
Email : leyannhealthshoppe@gmail.com
----------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment