Pada Disember 2009, saya mendapat friend request dari seseorang. Dari nama beliau, macam orang yang saya kenal. Jadi saya pun add beliau. uihhh..Rupa-rupanya mistaken identity. Orang asing lagi ni. Macam mana ni, takut plak kang berkawan dengan orang psiko. Ingat lagi Masa tu tengah sibuk nak bersiap pegi melancong ke Melaka dengan Jo dan Jid. Tapi mamat ni sakan pulak nak berkenalan. Rasanya masa tu belum kenal lagi Whatsapps. Jadi mesej macam biasa. Masih pakai prepaid lagi tu. Walaupun tak kenal mamat ni, tapi layan jugak sepanjang cuti tu.
Dipendekkan cerita balik dari cuti terus kitorang lost contact. Ye la, masa tu dah nak mula persekolahan. Sebagai warga pendidik, memang bulan yang paling penuh dengan aktiviti dan tugas. dah tak ingat dah mamat ni. Sehingga lah pada suatu hari, OPS DELETE NO dijalankan. Terjumpa nombor mamat ni. try la kontek balik. Layan la plak..hahaha..Dari situ la bibik-bibik bunga cinta bermekaran. Pada 14 Disember 2012, iaitu selepas 3 tahun berkenalan. Kami melangsungkan perkahwinan di St Joseph Cathedral, Kuching.
Sememangnya suami seorang yang sangat memahami saya. Beliau juga menerima saya seadanya.
Thank You for Being my Sweetheart.
My Love (Pantai Puteri, Kuching) |
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : SHIRLEY SALVINA JESON
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Kuching / Bau / Samarahan / Padawan (Malaysia)
Shaklee ID [ No : 996261 ]
Tel : 010 4642081
Facebook Profile: https://www.facebook.com/ShirleySalvinaJeson
Facebook Page : https://www.facebook.com/LeyAnnHealthShoppe
Email : leyannhealthshoppe@gmail.com
----------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment