Saturday, November 22, 2014

Sista FOREVER

Seorang yang sentiasa memahami diriku.
Seorang yang tidak kenal putus asa dalam kehidupan.
Seorang yang cekal walaupun segala humbanan masalah menimpa nya.

Beliau seorang yang gorgeous. Berbeza dengan diri saya yang 'cute'.
Beliau seorang yang lemah lembut. Saya plak jenis yang kasar.
Beliau hanya 2 beradik, Saya 4 ekor monyet..(Ayat mak saya yer)
Beliau seorang yang pendiam, saya plak boleh bercakap x tau siang atau malam. (Iskkhhh)

NAMUN, kami sudah berkawan sejak 2004. Tahun ni genap 10 tahun persahabatan ini.
Dalam 10 tahun, Banyak ragam dalam persahabatan kami. Namun kami dapat menghadapinya.
Sekarang beliau anak angkat ibubapa saya. Maid of honour pada perkahwinan saya dan aunty kepada anak buah saya. Peminat setia beliau adalah adik bongsu saya, Ivy. Masa sekolah menengah dulu. Semua nya nak jadi macam kakak Jo. (hihi)

Ya, kami semua memanggil beliau Jo. Nama kat IC Joanna Marie. Kalau kakak Jo balik Kuching, Ivy paling gembira. Dapat hadiah dari kakak Jo. Saya pun gembira bila Jo balik. Hampir setiap tahun kami akan pergi berjalan-jalan di dalam Malaysia. Tahun depan masih dalam perancangan..Tahun lepas pegi KK. peg Island Hopping, pegi Ranau jumpa Fidelia (another story), pergi tengok lembu dan beli susu lembu di Kundasang, pegi makan-makan juga.. jadi, ikutilah kisah kami pada coretan akan datang..


Me, Nina, Jo




----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : SHIRLEY SALVINA JESON
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Kuching / Bau / Samarahan / Padawan (Malaysia)
Shaklee ID [ No : 996261 ]
Tel : 010 4642081
Facebook Profile: https://www.facebook.com/ShirleySalvinaJeson
Facebook Page : https://www.facebook.com/LeyAnnHealthShoppe
Email : leyannhealthshoppe@gmail.com
----------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment