Monday, March 23, 2015

COQHEALTH ™ PLUS


CABARANNYA

Jantung anda mengepam hampir 2,000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh anda setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras di dalam tubuh anda dan pusat kawalan utama system peredaran darah, jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap.  Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10), yang juga berperanan membawa kesihatan salur darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud di dalam semua sel. 

Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10; akan tetapi amaun CoQ10 yang diperoleh dari  pemakanan secara tipikal adalah kurang dari 10mg sehari. Perlu diingat, faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia, dan pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang amat penting ini.

Adakah anda tahu?
·         Jantung anda berdenyut 100,000 kali sehari
·         Aorta, arteri terbesar di dalam tubuh, diameternya hampir menyamai hos taman anda
·         Penggunaan ubat-ubat tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 di dalam darah

PENYELESAIANNYA:
CoQHealth®


Membantu menjana jantung yang sihat*
CoQHealth menampilkan campuran semulajadi proprietari 100mg CoQ10 dan resveratrol di dalam softgel yang bioavailable.

CoQ10 juga telah dibuktikan:

·         Membantu penghasilan tenaga di dalam organ jantung
·       CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga di dalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah, mengurangkan episod serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung.
·         Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL
·        Banyak kajian telah menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Tindakan CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolesterol ‘tidak baik’ dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah.
·         Membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 di dalam darah.
·         Meningkatkan tenaga
·       CoQ10 berupaya meningkatkan tahap tenaga, menambahkan stamina dan mengurangkan kelesuan. Kajian juga mendapati, supplemen harian CoQ10 dapat mengatasi simptom-simptom kelesuan
·         Kecerdasan mental
·      CoQ10 merancakkan sel-sel otak yang seterusnyameningkatkan kecerdasan mental, memori dan keupayaan kognitif. Kajian juga menunjukkan supplemen CoQ10 mengurangkan serangan migrain, pening dan perasaan loya
·         Kulit yang lebih muda
·       CoQ10 meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen dan nutrisi untuk pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kolagen. Ini membantu kulit agar lebih tegang, lebih cerah dan berseri
·         meningkatkan kesuburan.
CoQ10 mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan kiraan sperma, pergerakan sperma dan mutu sperma. Ia juga membantu meningkatkan mutu ovum wanita
·     CoQHealth juga mengandungi resveratrol yang terbukti merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah

Manfaat seterusnya:
1.   Congestive Heart Failure (CHF).  
Belum terdapat bukti kukuh yang mengaitkan pengambilan koenzim Q10 sahaja akan menghentikan kegagalan jantung.  Tetapi terdapat bukti (walaupun kontroversi) bahawa ianya menolong bila dikombinasikan dengan perubatan dan rawatan jantung yang lain.

2.  Mengurangkan risiko masalah jantung tambahan bagi mereka yang baru mengalami serangan sakit jantung (myocardial infarction, MI).  
Apabila dimulakan dalam masa 72 jam dari terjadinya MI dan diambil selama satu tahun, koenzim Q10 didapati mampu mengurangkan serangan sakit jantung dan MI.

3.   Penyakit  Huntington (a rare genetic neurological disorder). 
Ubiquinol, satu bentuk koenzim Q10 yang telah dianugerahkan  “Orphan Drug Status” oleh Federal Food And Drug Administration (FDA).  Ini memberikan pembuat Ubiquinol memperolehi insentif kewangan untuk mengkaji keberkesanan yang mana syarikat pharmaceutical tidak akan membangunkan ubat untuknya.  Walaubagaimanapun pengambilan koenzim Q10 dalam dos 600mg atau kurang, sehari didapati tidak berkesan melambatkan perkembangan penyakit ini.

4.       Menghalang komplikasi salur darah selepas pembedahan “heart bypass”.  
Wujud bukti yang menunjukkan pengambilan secara oral koenzim Q10 selama seminggu sebelum pembedahan dapat membantu mengurangkan kerosakan salur darah.  Walau bagaimana pun tidak semua para penyelidik bersetuju dengan penemuan ini.

5.   Tekanan Darah Tinggi (hypertensi).  
Pengambilan koenzim Q10 bersendirian atau bersama-sama perubatan untuk tekanan darah tinggi, menurunkan tekanan darah dengan lebih berkesan lagi.

       Menghalang serangan migraine.  
Mengambil koenzim Q10 secara oral  membantu menghalang serangan migrain. Kajian menunjukkan  ianya mampu mengurangkan kekerapan pening kepala sebanyak 30% dan hari-hari serangan di mana keadaan loya berkaitan dengan pening kepala berkurangan sebanyak 45% bagi dewasa. Pengambilan koenzim Q10 juga mengurangkan serangan migrain bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap koenzim yang rendah. Ianya mungkin mengambil jangkamasa 3 bulan untuk menunjukkan kesan. Malangnya koenzim Q10 tidak berkesan dalam rawatan migrain apabila ianya sudah terjadi.

     Penyakit Parkinson. 
Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa pengambilan supplemen koenzim Q10 mampu melambatkan kemerosotan kesihatan dengan mereka-mereka yang menghidapi tanda awal penyakit Parkinson. Akan tetapi pengambilan bagi pesakit yang berada di peringkat pertengahan penyakit Parkinson tidak menunjukkan bacaan yang positif.

         Memperbaiki system imun bagi pesakit HIV/AIDS

         Muscular dystrophy (distrofi otot), satu masalah membabitkan kerosakan otot.
Pengambilan koemzim Q10 secara oral memberi kesan positif bagi penghidap distrofi otot.

PERBEZAAN SHAKLEE
Apa yang menjadikan CoQHealth® Shaklee unik:

  •  Mengandungi campuran proprietari CoQ10 dan resveratrol, ramuan-ramuan yang membantu menjana jantung anda
  • Bagi jantung- satu sistem penghantaran dengan menggunakan minyak zaitun
  •  Semulajadi
Ramuan-ramuan utama yang telah diuji secara klinikal
Koenzim Q10
CoQ10 adalah nutrien yang larut dalam lemak, yang dihasilkan oleh tubuh dan wujud di dalam semua sel-sel. Konsentrasi yang tinggi bagi nutrien ini ditemui di dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi untuk berfungsi, seperti jantung, hati ,buah pinggang dan pankreas.
CoQ10 adalah penting bagi bertrilion sel-sel di dalam tubuh yang perlu menghasilkan tenaga mereka sendiri untuk terus hidup. Untuk menghasilkan tenaga, sel akan membakar gula dan lemak yang datang dari makanan yang kita makan. Nutrien-nutrien ini dipecahkan dan diangkut melalui laluan penghasilan
tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu-ribu kali setiap saat untuk menjana denyutan jantung dan organ-organ tubuh yang lain, yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak akan dapat berfungsi dengan betul.
CoQ10 juga dikenali untuk aktiviti antioksidanya yang ampuh, untuk melindungi membran sel dari radikal bebas. Sebagai antioksidan CoQ10 juga membantu arteri-arteri dari oksidasi akibat tindakan LDL (kolesterol tidak baik). Ini sangat penting untuk menggalakkan fungsi salur darah, terutama sekali yang mengangkut darah ke organ jantung.
Resveratrol
Resveratrol adalah fitonutrien yang wujud di dalam arak wine merah, kulit anggur merah dan jus anggur ungu. Seperti CoQ10, resveratrol memainkan peranan utama di dalam memastikan kesihatan salur darah. Kajian makmal menunjukkan ia mampu menghalang oksidasi LDL dan menggalakkan relaksasi salur darah. Salur darah akan lebih lebar apabila melalui fasa relaksasi.
Siapakah yang disyor mengambil CoQHealth?
*        Dewasa sihat yang berumur 18 tahun ke atas yang prihatin tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri mereka
*        Dewasa lelaki dan wanita yang mengambil perubatan yang mungkin mengurangkan  tahap CoQ10 di dalam darah mereka

*   Wanita hamil atau mereka yang mengambil ubat untuk mencairkan darah perlu mendapat nasihat doktor mereka.

Sumber: Buku Nutrisi
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : SHIRLEY SALVINA JESON
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Kuching / Bau / Samarahan / Padawan (Malaysia)
Shaklee ID [ No : 996261 ]
Tel : 010 4642081
Facebook Profile: https://www.facebook.com/ShirleySalvinaJeson
Facebook Page : https://www.facebook.com/LeyAnnHealthShoppe
Email : leyannhealthshoppe@gmail.com
----------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment