Wednesday, March 18, 2015

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Anda tau tak apa itu PCOS?

Nama penuhnya Polycystic Ovarian Syndrome @ PCOS adalah sinonim dengan wanita. 


PCOS ini juga dikenali sebagai 'Stein-Levanthal Syndrome'. dianggarkan bahawa 5-10% wanita yang berada di dalam lingkungan umur reproduktif mengalami masalah ini. penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat lebihan hormon lelaki dan insulin didalam pesakit. ini akan menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiadanya ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, gangguan metabolisme gula dna kolesterol. para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini. namun ianya banyak dikaitkan dengan genetik seseorang.


Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?


  • kitaran haid yang tidak teratur di mana apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak
  • kegemukan atau obesiti
  • kencing manis
  • kolesterol tinggi
  • kemandulan
  • ketumbuhan bulu-bulu halus seakan misai, janggut dan di bahagian dada.
Bagaimana diagnosis PCOS dibuat?

Doktor akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut dipenuhi.



  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang iaitu berlebihan hormon lelaki dan/atau simptom kritikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
  • Imbasan scan pelvis menunjukkan 'Polycystic Ovary'

Apakah itu Polycystic Ovary?
Imbasan pelvic pesakit PCOS
Sumber: internet

Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovary mempunyai cyst-cyst kecil selalunya sebanyak 12@ lebih. setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. ianya juga dipanggil sebagai 'string of perarls'. cyst-cyst kecil ini TIDAK akan membesar sehingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita normal apabila diimbas pelvis menunjukkan 'Polycystic Ovary', namun hanya 6-7% wanita yang ada Polycystic Ovary menghidapi penyakit PCOS.

Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?

Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. setiap bulan, dolikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, iaitu hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.

Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?
  • 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis, terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga menhidap kemcing manis atau obesiti.
  • masalah darah tinggi
  • masalah kolesterol tinggi
  • masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi
  • kanser rahin terutamanya pesakit yang sering tiada haid
  • masalah tidur
  • penyakit murung

Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?
  • Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu menurunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.
  • Pil perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang tidak teratur.
  • Pengambilan ubat kencing manis iaitu metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapai kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.
  • Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya 'clomiphene' atau 'Gonadotrophin".
  • Pembedahan 'Ovarian Drilling'. Ini bukanlah 'first line' treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang 'resistent' kepada ubat rangsangan ovulasi.
  • Pengambilan supplemen Shaklee seperti GLA yang tinggi dengan kandungan Borage Oilnya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : SHIRLEY SALVINA JESON
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Kuching / Bau / Samarahan / Padawan (Malaysia)
Shaklee ID [ No : 996261 ]
Tel : 010 4642081
Facebook Profile: https://www.facebook.com/ShirleySalvinaJeson
Facebook Page : https://www.facebook.com/LeyAnnHealthShoppe
Email : leyannhealthshoppe@gmail.com
----------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment