Ada beberapa masalah kesihatan di kalangan kaum wanita yang boleh menjadi punca wanita itu susah hamil. Antara faktor-faktor penyebabnya ialah masalah ovulasi, saluran peranakan dan rahim. Di bawah ialah antara faktor-faktor utama punca ketidaksuburan di kalangan wanita:
1. PID (Pelvic Inflammatory Disease): Ini adalah salah satu masalah utama penyebab kemandulan di serata dunia. Ianya adalah masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease). PID mengakibatkan saluran peranakan tersumbat dan rosak. Ia juga boleh mengakibatkan risiko mendapat kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’) lebih tinggi.
Pelvic Inflammatory Disease |
2. PCOS (Polycystic Ovarian Disease): Ini juga adalah masalah yang kerap di kalangan wanita moden di mana terdapat masalah hormone yang tidak seimbang di dalam badan di mana kilang telur pesakit mengidapi PCOS ini mengeluarkan hormone lelaki i.e testosterone yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, darah haid yang berlebihan, obesiti, jerawat dan kesukaran untuk hamil.
3. Endometriosis: Pesakit yang mengalami endometriosis ini terjadi apabila lapisan dalam dinding rahim (‘uterine lining’) berada di luar rahim. Tiap-tiap bulan, cebisan-cebisan lapisan dinding rahim yang berada di luar rahim ini akan dirangsangkan oleh hormon di dalam badan di mana ianya akan menebal dan berdarah. Akan tetapi, lapisan dinding rahim tersebut tidak dapat mengalir keluar dari badan seperti mana dinding rahim yang normal. Oleh itu, ianya akan berkumpul dan akhirnya menjadi parut di dalam badan yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.
4. Abnormaliti pada rahim seperti septa atau fibroid.
Sumber: DrNatashaNor
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : SHIRLEY SALVINA JESON
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Kuching / Bau / Samarahan / Padawan (Malaysia)
Shaklee ID [ No : 996261 ]
Tel : 010 4642081
Facebook Profile: https://www.facebook.com/ShirleySalvinaJeson
Facebook Page : https://www.facebook.com/LeyAnnHealthShoppe
Email : leyannhealthshoppe@gmail.com
----------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment