Thursday, March 19, 2015

Tips Kesuburan

'Doktor, macam mana caranya untuk dapatkan anak secepat mungkin? mak mentua saya dah bising dah..stress nyerr..'

I just want to be a mom


Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan bagi anda yang sudah tidak sabar lagi untuk menimang anak.

1. Pastikan berat badan adalah bersesuaian dengan ketinggian anda. Cuba kira BMI (body mass index) anda.
BMI = Berat badan (dalam kg)
        Tinggi (dlm unit meter)2

Pastikan BMI berada dalam lingkungan 19-24kg/m2 kerana sekiranya anda terlalu kurus atau terlalu berat, ianya akan mengurangkan kesuburan anda. 

2. Amalkan gaya hidup sihat. kedua-dua pasangan perlu mengelakkna tabiat merokok atau makan berlebihan dan cuba bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3. Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk meningkatkan peluang untuk hamil.

4. Anda perlu makan makanan seimbang. Lebihkan memakan makanan seimbang Lebihkan memakan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning ,oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan Kalcium.

5. Pastikan anda memakan vitamin folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Folic acid boleh membantu meningkatkan kesuburan anda dan juga kurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.

6. Ketahuilah waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Untuk meningkatkan peluang untuk mengandung, pasangan digalakkan melakukan hubungan seksual semasa waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin akan menyebabkan stress di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu, doktor selalu menasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua ke tiga kali seminggu sahaja.

7. Elakkan atau kurangkan meminum kopi. Cadangan doktor ialah untuk tukar kepada minum air teh , terutamanya green tea yang mengandungi anti-oxidan yang elok untuk meningkatkan kesuburan anda.

8. Sentiasalah ‘keep a positive mind’ dan cuba kurangkan stress harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.

9. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Persoalannya bilakah perlu berjumpa dengan doktor?
  • Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba
  • Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba
  • Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin.
Sumber; Dr Natasha Nor
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : SHIRLEY SALVINA JESON
Pengedar Sah Shaklee Kawasan : Kuching / Bau / Samarahan / Padawan (Malaysia)
Shaklee ID [ No : 996261 ]
Tel : 010 4642081
Facebook Profile: https://www.facebook.com/ShirleySalvinaJeson
Facebook Page : https://www.facebook.com/LeyAnnHealthShoppe
Email : leyannhealthshoppe@gmail.com
----------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment